Followers

Apr 20, 2014

Senang je nak putuskan





Assalamualaikum...
Heeeee , hari ni punya entri nak kongsi sikit tipss untuk putuskan benda alah seperti dalam video kat bawah ni . Biasanya kita jumpa dekat baju-baju yang masih freshh bau kedai dan tanda harga belum dicabut lagi hahaha . For me yang jenis jarang simpan tools macam gunting atau pisau kecik kat dalam bilik ni agak susah jugaklah nak cabut .

Yelahh kann , kadang tu bukannya rajin sangat nak capai gunting ke apa semua tuuu . hahaha bila nak tarik gitu je macam sakit pulakk jari ni . bila nak gigit macam tak tajam pulak gigi iollss ni muahahaha jadi apa yang perlu kita buat cuma :

1)  pintal - pintal je benda alah ni
2)  lepastu tarik . 

okay dahhh selesai satu masalah . kah kah saja je nak kongsi dekat sini sebab iollss jarang buat cara cenggini kalau dah malass sangat nak pi cari gunting or other tools ke apa letak je dulu baju tuu esok lusa baru tanggalkan hahaha . 

sekian sahaja untuk hari ni hehehe selamat berhujung minggu dan selamat malam , ok byeeeee :DD


Apr 18, 2014

Hanie Soraya - Hujung Dunia (Official MV) dengan lirik





LIRIK LAGU HUJUNG DUNIA-HANIE SORAYA


Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Chorus:
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

(Hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia

Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

[Ulang chorus]

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala

[Ulang chorus]

Apr 14, 2014

Cerita Ambil Lesen

Assalamualaikum...
Tettt nampaknya sudah agak lama cek-a berdiam diri tanpa membuat sebarang entri baru sejak kebelakangan ini . Hahaha biasalah kita bercerita kena hamekk mood sikit . Bila mood dah datang bolehlah bawak sang jari-jari tangan menari-nari di atas papan kekunci ini . kenapa pelikss sangat ayat ni hahaha tak boleh blah langsung .


Okay pertama sekali , seperti yang dimaklumkan dalam entri yang lepas diri ini sedang dalam proses mengambil lesen . haa semestinya lah ambil kereta dan motor sekali hahaha ni kira nak jimat lah gitu *kononnya . pergh , sepanjang proses belajar kereta dengan motor tu panas nya memang tak yah cakaplah kan hazabedahh betul rasanya . dah macam pisang goreng panas di tengahari . 

walaupun naik kereta panas nya memang terasa pluss lengkap dengan pakej sunburn sekali . haihhh , act penghawa dingin memang takpasang dalam kereta takut habis minyak barangkali kedekut yaa tahi hidung masin betul . terpaksa lah tabahkan diri mengharungi setiap hari yang mendatang hahaha . 


memang takdalah istilah kegembiraan terpancar di wajah bila belajar memandu ni . hahaha hari-hari dok kena bebel padahal silap sikit je pun *garukepala. Tapi nasib baiklah bila tiba hari nak test JPJ alhamdullilah segalanya dipermudahkan walaupun dapat giliran test yang paling akhir sekali . 

Hehehe encik jpj pun baik hati pluss peramah dan banyak membantu . bersyukur sangat waktu tu . Kiranya berbaloi lah penat lelah berpanas mentari selama ni . Hahahah


 sekian sahaja , entri pada hari ni . wassalam :))

1st Giveaway by nuraaisy.bs.com (Selesai)




1st Giveaway by nuraaisy.bs.com


Senarai Hadiah
RANDOM.ORG

[ 1 cute bracelet each for 4 lucky winners! ]


Due Date :- 11-29 April 2014 [ HANYA 19 HARI SAHAJA ]

Apr 11, 2014

"Blogwalking: Siapa takut katak boleh follow saya"




Tekan pada banner untuk turut serta ^_^

Tarikh Tamat : 15 April 2014

Apr 2, 2014

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah (Selesai)




Tekan pada banner untuk turut serta . Sekian, terima kasih :DD

Tarikh Tamat : 14 April 2014

GA PERTAMA AMIR KHALIS (Selesai)


Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)


Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy (Selesai)



Tekan pada banner untuk turut serta . Sekian, Terima kasih =D

Tarikh Tamat : 10 April 2014

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita (Selesai)


Assalamualaikum w.b.t.


Klik banner untuk join.


Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.

Syarat-syaratnya cukup mudah dan ada hadiah menanti pemenang yang bertuah berdasarkan random.org

Hadiah-hadiah:
Sepasang Kain Pasang - 1 Pemenang
1 Glitter Shawl - 1 Pemenang
1 T-Shirt (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Bandung) - 1 Pemenang
1 Fridge Magnet (Pulau Pangkor) - 1 Pemenang

GA ini berlangsung dari 1 April 2014 - 30 April 2014



Mar 26, 2014

Masa sudah pun berlalu pergi




Assalamualaikum...
Yuhuu nampaknya agak lama cek-a tak menaip entri yang baru . Hehee rasanya dah masuk seminggu lebih dok berdiam diri tak tau nak update ape disebabkan sering kali ketandusan daripada idea-idea yang bernas atau senang cerita kehabisan modal nak update cerita baru dalam blog kesayangan ni . Hahaha maaf terover kejap pulak :P

Hmm...sekejap je kann masa berlalu pejam celik je dah hampir penghujung bulan Mac . Akhirnya , keputusan spm pun dah diumumkan . Orang lain semua dah sibuk cerita pasal keputusan mereka yang super cemerlang kebabomm meletop minggu lepas cek-a baru terkedek-kedek macam itik pulang petang nak cerita pasal ni . kahkahhh


Tapi apapun cek-a bersyukur lah sebab keputusan spm kali ni Alhamdulillah semua nya lulus dan masih dapat menerima dengan hati yang terbuka walaupun tidaklah sehebat keputusan mereka yang lain di luar sana. Mak dengan ayah pun tumpang gembira walaupun dalam hati tak menjangka keputusan yang sedemikian rupa . Huhuu perjuangan hidup ini masih terlalu panjang untuk ditempuh  maka yang lepas biarlah menjadi kenangan .

Balik rumah je terus pening kepala fikir nak sambung pengajian kat mana dalam bidang apa dan bla bla bla . Hahaha dalam dok penat-penat fikir tu tak lupa jugak untuk kemaskini borang upu , spa , ipg haaa senang cerita semua benda dah siap isi . Dapat ke tak belakang cerita . Iollss terima je mana-mana tawaran yang datang lepas ni . Semoga segalanya dipermudahkan. Heehee , Aminn :))


Jadinya lepas ni tumpuan beralih kepada sesi belajar memandu di akademik setelah sekian lama tertangguh akibat beberapa masalah yang tak dapat dielakkan . Pheww.. berjanggut dah tunggu giliran nak belajar ni akhirnya berkat kesabaran dapat lah mula lagi sekali . Hahaha kesian kan orang lain semua dah lulus ujian JPJ ape semua ..jeless tauuuu TT_TT 

Okaylah..semoga proses mengambil lesen dipermudahkan . Hehe setakat ini sahaja entri hari ni . Niat nak taip pendek je tadi sekali dah mula mengarang panjang pulak . Hehehe..sekian wassalam :DD

Mar 17, 2014

Hujung minggu yang "deactive"

Bismillah dan assalamualaikum .
Alhamdulillah...berkat doa semua akhirnya Allah menurunkan juga rahmatnya dari langit . Syukur yang tidak terhingga walaupun rasanya macam dah lama nikmat allah yang satu ini tidak lagi membasahi bumi sejak akhir-akhir ni .

Sekurang-kurangnya hujan yang turun dapat juga sedikit sebanyak membasahi segala tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan di muka bumi .Hehehe, malahan aktiviti hujung minggu jugak dipenuhi dengan kedinginan memandangkan cuaca yang mendung dan hujan sepanjang hari . 


Bila hari hujan , biasalah line internet kat rumah ni pun jadik slow sikit . Bila dah slow niat nak muat naik entri baru pun tergendala . Hahaha jadiknya orang semua dah pung pang pung pang update itu ini pasal hujan pagi tadi cek-a baru terkial-kial nak menaip entri baru . Kahkahh adakah ini dikira ketinggalan ? Mohon masih belum tertinggal keretapi lagi :P

Jadiknya tak kisahlah dah petang ke malam ke tetap nak cerita yang hari ni hujan turun pastu rasa sejuk lepastu duduk rumah goyang kaki je , tengok tv makan dan tidur . Hahahah nampak sangat tak membina dan deactive aktiviti hujung minggu kali ni . Persoalannya , apa kena mengena tak membina dengan deactive ? hahaha lantak lah nak letak apa pun xD Kisah apa orang nak kata macam pemalas tahap lima kuasa enam kat situ . Haha mohon jangan contohi .


Cehh,..padahal nak cerita pasal hujan turun je punn tapi taip entri mengalahkan karangan nak lebih dua muka surat pulak . hehehe biasalah tu . sebelum nak mengakhiri entri kali ni nak bagitau yang cek-a menghadapi masalah untuk follow blog orang lain . 

Rasanya  orang lain jugak menghadapi masalah yang sama kot ? Hmm tak kisahlah hehe. Jadi , sesiapa yang cek-a belum follow balik mohon bersabar yer. hehe nanti dah okay semuanya baru aktiviti ini dijalankan seperti biasa . Sekian sahaja entri pada malam ini . Wassalam :DD


Mar 16, 2014

Giveaway OwnDesignBook by Norsyuhadajohan (Selesai)



Klik pada banner untuk turut serta . Sekian terima kasih :DD

Tarikh Tamat : 31 March 2014

Hai , assalamualaikum . Rasanya sekarang ni mood untuk join giveaway masih berkobar-kobar buat masa ni . ecewahh , over betul tuu sampai berkobar-kobar . Hahaha apapun siapa yang belum join GA ni boleh cepat2 sertai dan tekan link pada banner tersebut . Kali ni cek-a tag random je tau mintak maaflah kalau tak suka ke apa hehehe . Mana tau tiba-tiba tergerak hati nak join boleh refer link kat atas tu :P

Random tag : 






Mar 12, 2014

SHiemaCMa 1st Giveaway 2014 (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta =D

Tarikh Tamat : 13 March 2014

Mar 11, 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe (Selesai)




Tekan pada banner untuk turut serta . Sekian , Terima kasih :D



Pertama kali dalam bloglist sukagelak


Assalamualaikum dan selamat petang .
Hehehe untuk makluman hari tu cek-a ada masuk segmen "Jom Blogwalking By Sukagelak" tup-tup je dapat tau terpilih untuk senarai bloglist dia . Alhamdulillah , bukan selalu dapat peluang macam ni . In Shaa Allah lepas ni bolehlah tambah ruang untuk letak senarai bloglist dalam blog pulak . Hehe oleh itu , terima kasih banyak2 diucapkan kepada tuan blog sukagelak.


Apapun lepasni kalau ada kelapangan masa cek-a akan singgah untuk blogwalking mereka semua, In shaa Allah . Lagipun buat masa sekarang ni tu jelahh antara aktiviti yang cek-a buat kebelakangan ni di rumah. seronok pulak jalan-jalan singgah blog orang lain baca cerita yang diorang postkan dalam entri . hehe kadang2 kalau rajin tolong komen sekali :DD Jadinya sesiapa yang baik hati boleh singgah blog sukagelak dekat  SINI . Sekian sahaja , Jumpa lagi di entri akan datang kihkihkih .


Mar 10, 2014

SAYA NAK MENANG PANDORA (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih :D

Tarikh Tamat : 12 Mac 2014

Mar 9, 2014

PRAY FOR #MH370


Assalamualaikum dan selamat pagi . 
Sejak semalam hati ini berasa hiba atas kejadian pesawat yang dilaporkan hilang. Mengenangkan nasib mereka yang berada di dalam pesawat tambahan pula keluarga-keluarga mangsa yang sedang  dibelenggu persoalan dimanakah keberadaan pesawat ini buat masa ini . Banyak kebarangkalian yang masih berlegar-legar di benak minda tapi elok sahaja disimpan daripada membuat andaian yang sembarangan .

Walau apa pun yang berlaku , semua ini bukan salah MAS . Bukan juga salah sang PILOT , malahan bukan salah sesiapapun kerana apabila Allah berkata "Kun Faya Kun" . Maka dengan sekelip mata benda itu akan terjadi . Doa sahajalah yang menjadi senjata umat Islam ketika ini . Berdoalah yang baik-baik untuk mereka daripada kita membuat spekulasi yang belum tentu tahu asal usulnya . #PRAY FOR MH370


Menanti Kamu #MH370

Langit sudah bertukar kelabu,

Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.
*C/P from someone 



Mar 8, 2014

segmen : blogwalking hujung minggu bersama ayuinsyirah (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih :D

Tarikh Tamat : 9 Mac 2014

Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , Terima kasih ^_^

Tarikh tamat : 9 March 2014


Mar 7, 2014

Dapat doodle comel



Yuhuu , assalamualaikum .
Baru-baru ni cek-a ada join giveaway doodle vector by Puteri Ichigo disebabkan syarat yang dikenakan sangat simple dan senang untuk dipatuhi . hehe maklumlah cek-a kalau join mana-mana giveaway memang suka pilih yang ringkas2 je dan tak membebankan diri sendiri . hahaha nampak kemalasannya di situ . mohon jangan contohi :P

Okay , disebabkan tarikh tamat giveaway pun dah berakhir jadi cek-a pergilah tengok doodle yang beliau hasilkan .Memang cantik memang comel dan sangat kemas . yerlah berbanding cek-a yang tak reti langsung untuk mereka cipta satu mahupun dua tiga dan empat doodle . kihkihkih apapun , hasilnya memang memuaskan . jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana bermurah hati untuk menghasilkan doodle2 comel semua ni . semoga beliau dimurahkan rezeki :DD

                      

                                   Sebelum                                                 Selepas

Haa , kalau nak tengok hasil-hasil doodle beliau yang lain boleh singgah sini ^_^

Okaylah sampai sini sahaja apa yang ingin cek-a kongsikan hari ini . hehe , salam jumaat semua :DD




Mar 4, 2014

Review #Kami Histeria Memang Terbaik





Holla , assalamualaikum .
Disebabkan semalam kebosanan tahap empat kuasa dua , maka cek-a mengambil keputusan untuk layan cerita kami histeria buat kali pertama nya . haha dah lama kot tunggu cerita ni keluar kat online movie akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba .

Pada cek-a cerita ni memang best sebab jalan cerita dia ringkas dan tak membebankan kepala otak kita . haha lagipun cerita ni ada elemen seram + kelakar sikit . Dah macam orang gila pun ada jugak dok layan cerita ni sambil ketawa sorang-sorang. kahkahh tapi belum sampai tahap gila kuasa lima darab tiga lagi okay :P

Paling cek-a suka adalah dekat part dia jampi-jampi panggil ciklang . Haa agak-agak kalau rasa kesepian mahupun keseorangan waktu tidur tengah malam boleh baca ni kuat-kuat secara berulang-ulang dan lihatlah hasilnya . Kalau nasib anda baik , adalah yang teman kat sebelah . hahaha :P Lebih kurang macamni lah jampi dia :

Cik Lang cantik , Cik Lang manis ,
Cik Lang ketawa di balik dahan ,
Mari Cik Lang datanglah Cik Lang ,
Aku panggil kau meneman . 

Lagi satu , pelakon dia pun boleh tahan cantik , comel dan ganteng2 belaka okay . hahaha takdelah bosan sangat tengok diorang berlakon . happening jugaklahh dengan ada afdlin shauki lagi .
Dia punya lagu dalam ni pun boleh tahan sedap dan enak didengar.

Hehe tapi tu pada pandangan cek-a je taktaulah kalau anda tak berminat pulak kann . kehkehh jika anda bercadang nak tengok jugak jika ada kelapangan masa boleh singgah di SINI .
Okay , sekian sahaja .Wassalam ^_^



Giveaway doodlevector by Puteri Ichigo (Selesai)



Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih ^_^

Tarikh Tamat : 6 March 2014


TAG : SI CANTIK ^_^ , SI MANIS :) , SI COMEL  :D


Mar 3, 2014

Giveaway [1] : FanPage Publishing by yanapinkblossom.blogspot (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , Terima kasih ^_^

Tarikh Tamat : 15 Mac 2014 *new

Giveaway 2014 by Syira Lokman (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , Terima kasih :DD

Tarikh Tamat : 25 Mac 2014

Feb 28, 2014

1st Giveaway By Dscarnia (Selesai)


\(^o^) Assalamualaikum. Hai (^o^)/



- klik banner untuk join-

Tarikh Tamat : 10 Mac 2014


Feb 27, 2014

Giveaway T.shirt by Tengkubutang (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih :DD

Tarikh Tamat : 28 Februari 2014

FEBRUARY 2014 GIVEAWAY (Selesai )




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih ^_^

Tarikh Tamat : 28 Februari 2014

Feb 26, 2014

Rabu yang Wordless




Senyum itu kan sedekah . Hehe  :DD

Feb 25, 2014

Fakta Tentang Anak Bongsu




Berarak di celah pepohon ara ,
Awal bismillah pembuka bicara .

Assalamualaikum wahai sahabatku yang disayangi . cewahh , kemain betul awal-awal entri je dah mulakan dengan pantun 2 kerat . haha , saje nak tukar angin . Okaylah kita jalan tegak terus kepada apa yang cek-a ingin sampaikan hari ni yer . hihi :DD

Haa , siapa sini dia anak bongsu ? Mohon angkat tangan . hahaha okay baguss , dah turun balik tangan tu . kang nanti tak pasal-pasal jiran sebelah marah sebab terlebih airkond :P kihkihh , maka bagi sesiapa yang nak tahu tentang sifat-sifat semulajadi yang terdapat dalam sebahagian besar anak bongsu di Malaysia(*hiperbola sangat ) anda disarankan untuk baca entri ini sehingga ke garisan penamat yer hehe .

3 PERKARA TENTANG ANAK BONGSU .

1) Walaupun selalu dilukakan , dia tetap sabar dan kuat .

> Setakat ni takde bende pun yang membuat diri ini berasa seperti dilukakan dan dirobek-robek jantung dan limpanya . Cuma , kena buli dengan kakak di rumah itu adalah perkara biasa . hahaha dan alhamdulillah masih sabar dan kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang . kahkahh :P


2) Suka buat kerja lastminit . Tapi apapun , kerja last minute dia memang menjadi .

> Yang ini , cek-a memang akui kebenarannya sebab dulu masa sekolah selalu sangat buat kerja tangguh2. Lagi-lagi waktu cuti , nanti dah sibuk petang tu nak balik asrama tang tu jugaklahh dia baru nak siapkan itu lah , nak print inilah dan sebagainya. tapi nasib baik semuanya menjadi . ehem ehem hahaha normal lahh bagi seorang pelajar . Mohon jangan contohi sikap terlampau rajin ini :DD

3) Seorang yang pendiam . 

> Emm , persoalannya pendiam ke cek-a ni ? kahkahh bolehlahh , kalau dengan orang yang tak berapa kenal dan rapat . Tapi , once you kenal dia mulalah perangai gila-gila dia keluar dengan acah-acah manja lagi comel . Hahaha part yang terakhir itu bikinn panas pulak xD

Tapi , pada pendapat cek-a dalam banyak-banyak fakta untuk anak pertama, kedua , ketiga mahupun kesepuluh sekalipun rasanya semuanya lebih kurang sama kalau dibandingkan . Jadi tak kisahlah samada anda nak terima tau tidak fakta yang saya gali cari seperti di atas . Maka, sampai di sini sahajalah serba sedikit entri yang saya ingin kongsikan kepada anda semua . Sekian, terima kasih :))

Feb 23, 2014

Dadih penyejuk sang hati



Hai , assalamualaikum :DD
Hihi cuaca sekarang ni panas dan kering sangat kan . Kalau kat tempat cek-a rasanya dah berapa lama dah tak hujan . Kalau hujan pun sekejap je tak sempat air dalam parit tu nak penuh dah kering balik . Huahua :P

Jadi , bila cuaca dah bahang macam ni mesti tekak rasa dahaga je memanjang . haha , jangan lupa minum air kosong banyak sikit . Tapi , kalau dapat dadih sejuk-sejuk waktu panas macam ni pergh lagi sedap !Percayalah , bukan setakat dapat menghilangkan dahaga je malahan hati yang panas ni punn dapat diredakan suhu kepanasan nya . Tak caya ? boleh cek guna alat pengukur suhu . Kahkahh :P

Dah alang-alang tekak ni gatal nak pi makan dadih , oleh itu beberapa hari yang lepas 
cek-a adalah buat dadih sikit . saja cuba-cuba buat walaupun sebelum ni tak pernah buat sendiri kann dekat rumah . hahaha ..Sekali dah buat tu , takdelah susah mana pun . Sangat mudah dan ringkas cara menghasilkannya :DD


Taraaaaa , maka hasilnya adalah seperti gambar di atas . haha banyak jugak lah dapat walaupun cuma buat separuh paket tu je . adalah dalam 18 bekas .. hehe . lepasni kalau rasa nak makan lagi boleh buat lagi kalau anda di rumah nak cuba buat jugak pun boleh .

 Bahan-bahan yang diperlukan cuma susu cair satu tin , gula secukup rasa , air 2 botol besar dan serbuk dadih kegemaran masing-masing . Dah ada bahan-bahan tu cuma campurkann je semua sekali  dan siap untuk dihadam di dalam sistem pencernaan :)))

Akhir sekali selamat berhujung minggu . Hihi , sekian sahaja untuk entri ringkas pada hari ini . wassalam ^^ 


Feb 22, 2014

FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA (Selesai)




Tekan pada banner untuk sertai . Sekian , Terima kasih ^^

Tarikh Tutup : 28 Februari 2014

Feb 19, 2014

MINI GIVEAWAY NOVEL OH NOVEL (Selesai)




Tarikh Tutup : 22 Februari 2014

Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih ^^

Free Topup Mini Giveaway (Selesai)




Klik pada banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih ^^

Giveaway Simple Sangat Oleh Mimi (selesai )




Klik pada banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih ^^

Tarikh Tamat : 27 Februari 2014

Ladies Closet GiVeAway by effafarhana (Selesai)




Tekan banner untuk sertai . Sekian , terima kasih ^^


Feb 18, 2014

TREND Terkini : Ehh , guna penyodok punn boleh ?




" what is going on here , babeh ? "

Assalamualaikum , para pengunjung blog hamba sekalian .
Hamboi hamboi takyah nak para pengunjung sangat lahh . macam ramai jee kann . padahal ? hahaha tidak mengapa hamba sedor siapa diri hamba ini . tsk tsk *laphingus . okay okay , berbalik kepada topik utama hari ni rasanya semua orang dah tau kot pasal semua ni . cuma haa yelahh saje jer nak letak kat sini buat koleksi peribadi.

Hahaha zaman sekarang ni kan dah maju . maka nak ambil gambar pun haruslahhh menggunakan monopod . tak gituu ? bila penggunaannya dah berleluasa dari sehari ke sehari , bilangann pengikut pun bertambah oleh itu terhasillah pelbagai gaya orang yang menggunakannya . Ada yang macam gitu , ada yang macam gini . ishh senang cerita macam-macamlah :P 

Dann , dalam  banyak-banyak tuuu yang paling menarik perhatian adalahhh seperti di bawah : 



Hehehe , bagus jugak idea mereka ni . Kahkahh lepasni sesiapa yang rasa belum ada monopod tu tapi nak pergi beli , takpayah lah susah susah . rasanya semua orang dah ada kat rumah . tinggal kena cara dan tempat je nak menggunakannya . Sesapa yang nak cuba dekat rumah sangatlah dialu-alukann hahaha . Gambar ni semua recycle dari laman sosial je . Mwahahah , saja tempek buat sekadar suka - suka  xD

Okay , sebelum cek-a mengakhiri entri malam ni agak-agak siape yang tengah stress ke mengalami tekanan jiwa ke , haaa jemputlahh tengok video pendek kat bawah ni . mana tau tekanan perasaan anda boleh terbang melayang sekelip mata . tak percaya ? cuba lah tengok dulu hahaha :P Sekian sahaja dari saya , semoga terhibur . kahkah :DD


video



SEGMEN & GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF (Selesai)



Tekan banner untuk turut serta . 

Tarikh Tamat : 1 March 2014

Assalamualaikum , cikeboom cikeboom sekalian .
Hahaha , lama tak update entri baru . ahakss rasanya bulan Februari memang belum ada satu mahupun dua tiga dan empat entri langsung .

Jadi tadi dah alang alang singgah kedai Pak Ali membeli sebungkus nasi lemak bersama kopi o' , tiba tiba ternampak pula iklan segmen dan giveaway ini cantik je terpampang secara berjemaah dan besar besaran . Amboi , hiperbola sangat tu .

Maka dengan segala hormatnya cek-a nak joinggg lahh . toink toink , disebabkann syaratnya kali ini diminta untuk sertakan Quote yang menarik oleh itu dengan gigih dan tekun lah operasi mencari "quote" dijalankan . Emm , setakat ni macam tak tau lahh pulak kannn nak letak quote yang macam mana . Tapi , tapi keinginan untuk menyertainya kali ini amat melimpah ruah seperti buih buih sabun di dalam mesin basuh . 

Disebabkann kepeningan lalat nak pilih quote yang manalahhkann , jadi nya cek-a rasa nak masukkann jelahh semuanya . Boleh gitu ? wahahah alang alang kann jadinya tak kisahlahhh quote ke tidak agak agak macam ada iras iras boleh lah tu . Boleh jugak buat perhiasann dalam blog ni . Maka , setelah disenarai pendekkan ni lah kot hasilnya :

























Sekian , harapnya quote ini memberi impak yang maksima kepada sang penganjur .  Heheh , sampai sini saja entri ku pada hari ni . Bye , wassalam ! :)