Followers

Mar 9, 2014

PRAY FOR #MH370


Assalamualaikum dan selamat pagi . 
Sejak semalam hati ini berasa hiba atas kejadian pesawat yang dilaporkan hilang. Mengenangkan nasib mereka yang berada di dalam pesawat tambahan pula keluarga-keluarga mangsa yang sedang  dibelenggu persoalan dimanakah keberadaan pesawat ini buat masa ini . Banyak kebarangkalian yang masih berlegar-legar di benak minda tapi elok sahaja disimpan daripada membuat andaian yang sembarangan .

Walau apa pun yang berlaku , semua ini bukan salah MAS . Bukan juga salah sang PILOT , malahan bukan salah sesiapapun kerana apabila Allah berkata "Kun Faya Kun" . Maka dengan sekelip mata benda itu akan terjadi . Doa sahajalah yang menjadi senjata umat Islam ketika ini . Berdoalah yang baik-baik untuk mereka daripada kita membuat spekulasi yang belum tentu tahu asal usulnya . #PRAY FOR MH370


Menanti Kamu #MH370

Langit sudah bertukar kelabu,

Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.
*C/P from someone 



10 comments:

  1. Semoga hari ini terjawab semua persoalan.. :((

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan usaha mencari. Dira datang membalas kunjungan :)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal.
    Lets pray for them :)

    ReplyDelete
  4. wlaupun peluang tu tipis, harap semoga ahli keluarga2 penumpang mh370 masih belum bputus asa dan teruskan tawakal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...semoga mereka juga terus tabah...

      Delete

Tahniah kerana berjaya membaca entri tersebut sehingga habis !
Komen yang murni saja ya , hihi. terima kasih :D