Followers

Mar 17, 2014

Hujung minggu yang "deactive"

Bismillah dan assalamualaikum .
Alhamdulillah...berkat doa semua akhirnya Allah menurunkan juga rahmatnya dari langit . Syukur yang tidak terhingga walaupun rasanya macam dah lama nikmat allah yang satu ini tidak lagi membasahi bumi sejak akhir-akhir ni .

Sekurang-kurangnya hujan yang turun dapat juga sedikit sebanyak membasahi segala tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan di muka bumi .Hehehe, malahan aktiviti hujung minggu jugak dipenuhi dengan kedinginan memandangkan cuaca yang mendung dan hujan sepanjang hari . 


Bila hari hujan , biasalah line internet kat rumah ni pun jadik slow sikit . Bila dah slow niat nak muat naik entri baru pun tergendala . Hahaha jadiknya orang semua dah pung pang pung pang update itu ini pasal hujan pagi tadi cek-a baru terkial-kial nak menaip entri baru . Kahkahh adakah ini dikira ketinggalan ? Mohon masih belum tertinggal keretapi lagi :P

Jadiknya tak kisahlah dah petang ke malam ke tetap nak cerita yang hari ni hujan turun pastu rasa sejuk lepastu duduk rumah goyang kaki je , tengok tv makan dan tidur . Hahahah nampak sangat tak membina dan deactive aktiviti hujung minggu kali ni . Persoalannya , apa kena mengena tak membina dengan deactive ? hahaha lantak lah nak letak apa pun xD Kisah apa orang nak kata macam pemalas tahap lima kuasa enam kat situ . Haha mohon jangan contohi .


Cehh,..padahal nak cerita pasal hujan turun je punn tapi taip entri mengalahkan karangan nak lebih dua muka surat pulak . hehehe biasalah tu . sebelum nak mengakhiri entri kali ni nak bagitau yang cek-a menghadapi masalah untuk follow blog orang lain . 

Rasanya  orang lain jugak menghadapi masalah yang sama kot ? Hmm tak kisahlah hehe. Jadi , sesiapa yang cek-a belum follow balik mohon bersabar yer. hehe nanti dah okay semuanya baru aktiviti ini dijalankan seperti biasa . Sekian sahaja entri pada malam ini . Wassalam :DD


11 comments:

  1. Hehe, sama lah kita. Asek duduk rumah tengok tv, makan n tidur. Memang 'deactive' laa semenjak abes spm. Huhu btw, usha-ii lerr link ni kut boleh settlekn masalh utk button follow awak =)

    http://syiralokman.blogspot.com/2014/03/button-follow-bermasalah-jangan-risau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. lagi2 tengah tunggu result ni 'deactive' terus rasanya...hehehe okay thanks for the suggestion dear =D

      Delete
  2. yeah akhirnya hujann. sekarang byk ada masalah dgn button follow nih. xtaulah cek. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu lah...masalah dengan button follow ni . sabar je lah kihkih

      Delete
    2. kalau nak , nih mamaniza ada buat tutorial Isnin,
      Untuk Follow Blog Sementara Button Follower DiBaikpulih http://www.mamaniza.com/2014/03/untuk-follow-blog-sementara-google.html. nih pulak car kedua http://www.mamaniza.com/2014/03/cara-kedua-untuk-follow-blog.html. heee

      Delete
  3. Alhamdulillah....hujan lebat juga di Putrajaya tadi.
    Sejuk cikit rasanya... Jerebu pun dah kurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dekat sini pun hujan+sejuk jugak harini..heee

      Delete
  4. bersyukur sangat hujan turun dengan lebatnya, hari2 lak hujan..sejuk jer rasa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...best je bila sejuk2 ni...hehe

      Delete
  5. Nasib la hujan jugak. Dkt Perak ni skrg setiap petang hujan je walaupun xlebat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaylaa kan..hujan jugak kalau tak panas terik je cuaca...

      Delete

Tahniah kerana berjaya membaca entri tersebut sehingga habis !
Komen yang murni saja ya , hihi. terima kasih :D