Followers

Sep 4, 2015

Officially Mahasiswi UMT

Salam sehati sejiwa . Auchh

Lama gila tak update entry baru . Rasanya last bukak masa cuti lepas spm . Lepastu dapat tawaran sambung matrik maka setahun lah tak sentuh langsung blog kesayangan ni .
hahaha sadis sangat tau . Jadi entry pertama buat tahun 2015 cuma nak kongsi bahawasanya diri ini secara rasminya bergelar mahasiswi di Universiti Malaysia Terengganu .


Alhamdulillah rezeki dapat tawaran kat sini . Orang kata menuntut  ilmu tu biarlah sampai ke negara China , ye tak ? Maka gigih lah merantau kat negeri orang sampai sekarang .Memandangkan asal dari johor memang terasa sangat lah jarak jauh nya tu . Dulu matrik dekat pulau pinang , sekarang ke Terengganu pulak kita . Na na na na na Ganu kitooooo , ahaks .

4 tahun lah menuntut kat sini dalam kos teknologi makanan . hahaha kenapa pilih kos ni ? takda sebab yang kukuh rasanya cuma pertama kali dengar kos ni jatuh cinta pulak . Amboi sangat kan sambil buat *fliptudung* inshaAllah , semoga dapat grad dengan jayanya lepasni . Sama-sama doakan ya ? hehehe


Minggu jalinan mesra (orentasi) dah selesai pun cuma tiga hari je . Tepuk lah sikit hahaha memang tak dapat bayangkan lah kalau mjm seminggu macam nak pengsan mak jemah tau . tapi secara keseluruhan kira seronok jugak lah . Paling best waktu makan sebab kena pakai tray dan basuh sendiri sambil beratur panjang macam tiada penghujungnya . Hahaha selagi tray tak bersih menyentallah kita sampai licin bersinar ! *sigh* (tak best sebenarnya part ni)

Sekarang tengah biasakan diri dengan cuaca dan persekitaran dekat sini . Sebab kat sini rasa bahang dia lain macam sikit terutamanya dekat bilik . Bayangkanlah tengah tidur pun rasa macam baru lepas jogging berpeluh sentiasa . Hmmps takpa hakak kan tabah orangnya . hahaha setakat ni roomate okay je jumlah semua 4 orang satu bilik . Sorang asal pahang , terengganu dengan johor jugak . yeay luaskan kuasamu johor !

Cerita dia kalau dah menaip dekat sini memang rasa taknak berhenti . nanti tulis panjang berjela takda pulak orang nak membaca kan . hahaha okaylah berhenti setakat ni . Untuk pelajar lain yang baru mendaftar tu diucapkan selamat maju jaya dan selamat menempuh ke alam universiti . Siap sedia fizikal dan mental untuk semester baru ni .

Sekian,
Bye gaisss .