Followers

Mar 26, 2014

Masa sudah pun berlalu pergi




Assalamualaikum...
Yuhuu nampaknya agak lama cek-a tak menaip entri yang baru . Hehee rasanya dah masuk seminggu lebih dok berdiam diri tak tau nak update ape disebabkan sering kali ketandusan daripada idea-idea yang bernas atau senang cerita kehabisan modal nak update cerita baru dalam blog kesayangan ni . Hahaha maaf terover kejap pulak :P

Hmm...sekejap je kann masa berlalu pejam celik je dah hampir penghujung bulan Mac . Akhirnya , keputusan spm pun dah diumumkan . Orang lain semua dah sibuk cerita pasal keputusan mereka yang super cemerlang kebabomm meletop minggu lepas cek-a baru terkedek-kedek macam itik pulang petang nak cerita pasal ni . kahkahhh


Tapi apapun cek-a bersyukur lah sebab keputusan spm kali ni Alhamdulillah semua nya lulus dan masih dapat menerima dengan hati yang terbuka walaupun tidaklah sehebat keputusan mereka yang lain di luar sana. Mak dengan ayah pun tumpang gembira walaupun dalam hati tak menjangka keputusan yang sedemikian rupa . Huhuu perjuangan hidup ini masih terlalu panjang untuk ditempuh  maka yang lepas biarlah menjadi kenangan .

Balik rumah je terus pening kepala fikir nak sambung pengajian kat mana dalam bidang apa dan bla bla bla . Hahaha dalam dok penat-penat fikir tu tak lupa jugak untuk kemaskini borang upu , spa , ipg haaa senang cerita semua benda dah siap isi . Dapat ke tak belakang cerita . Iollss terima je mana-mana tawaran yang datang lepas ni . Semoga segalanya dipermudahkan. Heehee , Aminn :))


Jadinya lepas ni tumpuan beralih kepada sesi belajar memandu di akademik setelah sekian lama tertangguh akibat beberapa masalah yang tak dapat dielakkan . Pheww.. berjanggut dah tunggu giliran nak belajar ni akhirnya berkat kesabaran dapat lah mula lagi sekali . Hahaha kesian kan orang lain semua dah lulus ujian JPJ ape semua ..jeless tauuuu TT_TT 

Okaylah..semoga proses mengambil lesen dipermudahkan . Hehe setakat ini sahaja entri hari ni . Niat nak taip pendek je tadi sekali dah mula mengarang panjang pulak . Hehehe..sekian wassalam :DD

Mar 17, 2014

Hujung minggu yang "deactive"

Bismillah dan assalamualaikum .
Alhamdulillah...berkat doa semua akhirnya Allah menurunkan juga rahmatnya dari langit . Syukur yang tidak terhingga walaupun rasanya macam dah lama nikmat allah yang satu ini tidak lagi membasahi bumi sejak akhir-akhir ni .

Sekurang-kurangnya hujan yang turun dapat juga sedikit sebanyak membasahi segala tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan di muka bumi .Hehehe, malahan aktiviti hujung minggu jugak dipenuhi dengan kedinginan memandangkan cuaca yang mendung dan hujan sepanjang hari . 


Bila hari hujan , biasalah line internet kat rumah ni pun jadik slow sikit . Bila dah slow niat nak muat naik entri baru pun tergendala . Hahaha jadiknya orang semua dah pung pang pung pang update itu ini pasal hujan pagi tadi cek-a baru terkial-kial nak menaip entri baru . Kahkahh adakah ini dikira ketinggalan ? Mohon masih belum tertinggal keretapi lagi :P

Jadiknya tak kisahlah dah petang ke malam ke tetap nak cerita yang hari ni hujan turun pastu rasa sejuk lepastu duduk rumah goyang kaki je , tengok tv makan dan tidur . Hahahah nampak sangat tak membina dan deactive aktiviti hujung minggu kali ni . Persoalannya , apa kena mengena tak membina dengan deactive ? hahaha lantak lah nak letak apa pun xD Kisah apa orang nak kata macam pemalas tahap lima kuasa enam kat situ . Haha mohon jangan contohi .


Cehh,..padahal nak cerita pasal hujan turun je punn tapi taip entri mengalahkan karangan nak lebih dua muka surat pulak . hehehe biasalah tu . sebelum nak mengakhiri entri kali ni nak bagitau yang cek-a menghadapi masalah untuk follow blog orang lain . 

Rasanya  orang lain jugak menghadapi masalah yang sama kot ? Hmm tak kisahlah hehe. Jadi , sesiapa yang cek-a belum follow balik mohon bersabar yer. hehe nanti dah okay semuanya baru aktiviti ini dijalankan seperti biasa . Sekian sahaja entri pada malam ini . Wassalam :DD


Mar 16, 2014

Giveaway OwnDesignBook by Norsyuhadajohan (Selesai)



Klik pada banner untuk turut serta . Sekian terima kasih :DD

Tarikh Tamat : 31 March 2014

Hai , assalamualaikum . Rasanya sekarang ni mood untuk join giveaway masih berkobar-kobar buat masa ni . ecewahh , over betul tuu sampai berkobar-kobar . Hahaha apapun siapa yang belum join GA ni boleh cepat2 sertai dan tekan link pada banner tersebut . Kali ni cek-a tag random je tau mintak maaflah kalau tak suka ke apa hehehe . Mana tau tiba-tiba tergerak hati nak join boleh refer link kat atas tu :P

Random tag : 






Mar 12, 2014

SHiemaCMa 1st Giveaway 2014 (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta =D

Tarikh Tamat : 13 March 2014

Mar 11, 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe (Selesai)




Tekan pada banner untuk turut serta . Sekian , Terima kasih :D



Pertama kali dalam bloglist sukagelak


Assalamualaikum dan selamat petang .
Hehehe untuk makluman hari tu cek-a ada masuk segmen "Jom Blogwalking By Sukagelak" tup-tup je dapat tau terpilih untuk senarai bloglist dia . Alhamdulillah , bukan selalu dapat peluang macam ni . In Shaa Allah lepas ni bolehlah tambah ruang untuk letak senarai bloglist dalam blog pulak . Hehe oleh itu , terima kasih banyak2 diucapkan kepada tuan blog sukagelak.


Apapun lepasni kalau ada kelapangan masa cek-a akan singgah untuk blogwalking mereka semua, In shaa Allah . Lagipun buat masa sekarang ni tu jelahh antara aktiviti yang cek-a buat kebelakangan ni di rumah. seronok pulak jalan-jalan singgah blog orang lain baca cerita yang diorang postkan dalam entri . hehe kadang2 kalau rajin tolong komen sekali :DD Jadinya sesiapa yang baik hati boleh singgah blog sukagelak dekat  SINI . Sekian sahaja , Jumpa lagi di entri akan datang kihkihkih .


Mar 10, 2014

SAYA NAK MENANG PANDORA (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih :D

Tarikh Tamat : 12 Mac 2014

Mar 9, 2014

PRAY FOR #MH370


Assalamualaikum dan selamat pagi . 
Sejak semalam hati ini berasa hiba atas kejadian pesawat yang dilaporkan hilang. Mengenangkan nasib mereka yang berada di dalam pesawat tambahan pula keluarga-keluarga mangsa yang sedang  dibelenggu persoalan dimanakah keberadaan pesawat ini buat masa ini . Banyak kebarangkalian yang masih berlegar-legar di benak minda tapi elok sahaja disimpan daripada membuat andaian yang sembarangan .

Walau apa pun yang berlaku , semua ini bukan salah MAS . Bukan juga salah sang PILOT , malahan bukan salah sesiapapun kerana apabila Allah berkata "Kun Faya Kun" . Maka dengan sekelip mata benda itu akan terjadi . Doa sahajalah yang menjadi senjata umat Islam ketika ini . Berdoalah yang baik-baik untuk mereka daripada kita membuat spekulasi yang belum tentu tahu asal usulnya . #PRAY FOR MH370


Menanti Kamu #MH370

Langit sudah bertukar kelabu,

Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.
*C/P from someone 



Mar 8, 2014

segmen : blogwalking hujung minggu bersama ayuinsyirah (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih :D

Tarikh Tamat : 9 Mac 2014

Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , Terima kasih ^_^

Tarikh tamat : 9 March 2014


Mar 7, 2014

Dapat doodle comel



Yuhuu , assalamualaikum .
Baru-baru ni cek-a ada join giveaway doodle vector by Puteri Ichigo disebabkan syarat yang dikenakan sangat simple dan senang untuk dipatuhi . hehe maklumlah cek-a kalau join mana-mana giveaway memang suka pilih yang ringkas2 je dan tak membebankan diri sendiri . hahaha nampak kemalasannya di situ . mohon jangan contohi :P

Okay , disebabkan tarikh tamat giveaway pun dah berakhir jadi cek-a pergilah tengok doodle yang beliau hasilkan .Memang cantik memang comel dan sangat kemas . yerlah berbanding cek-a yang tak reti langsung untuk mereka cipta satu mahupun dua tiga dan empat doodle . kihkihkih apapun , hasilnya memang memuaskan . jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana bermurah hati untuk menghasilkan doodle2 comel semua ni . semoga beliau dimurahkan rezeki :DD

                      

                                   Sebelum                                                 Selepas

Haa , kalau nak tengok hasil-hasil doodle beliau yang lain boleh singgah sini ^_^

Okaylah sampai sini sahaja apa yang ingin cek-a kongsikan hari ini . hehe , salam jumaat semua :DD




Mar 4, 2014

Review #Kami Histeria Memang Terbaik





Holla , assalamualaikum .
Disebabkan semalam kebosanan tahap empat kuasa dua , maka cek-a mengambil keputusan untuk layan cerita kami histeria buat kali pertama nya . haha dah lama kot tunggu cerita ni keluar kat online movie akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba .

Pada cek-a cerita ni memang best sebab jalan cerita dia ringkas dan tak membebankan kepala otak kita . haha lagipun cerita ni ada elemen seram + kelakar sikit . Dah macam orang gila pun ada jugak dok layan cerita ni sambil ketawa sorang-sorang. kahkahh tapi belum sampai tahap gila kuasa lima darab tiga lagi okay :P

Paling cek-a suka adalah dekat part dia jampi-jampi panggil ciklang . Haa agak-agak kalau rasa kesepian mahupun keseorangan waktu tidur tengah malam boleh baca ni kuat-kuat secara berulang-ulang dan lihatlah hasilnya . Kalau nasib anda baik , adalah yang teman kat sebelah . hahaha :P Lebih kurang macamni lah jampi dia :

Cik Lang cantik , Cik Lang manis ,
Cik Lang ketawa di balik dahan ,
Mari Cik Lang datanglah Cik Lang ,
Aku panggil kau meneman . 

Lagi satu , pelakon dia pun boleh tahan cantik , comel dan ganteng2 belaka okay . hahaha takdelah bosan sangat tengok diorang berlakon . happening jugaklahh dengan ada afdlin shauki lagi .
Dia punya lagu dalam ni pun boleh tahan sedap dan enak didengar.

Hehe tapi tu pada pandangan cek-a je taktaulah kalau anda tak berminat pulak kann . kehkehh jika anda bercadang nak tengok jugak jika ada kelapangan masa boleh singgah di SINI .
Okay , sekian sahaja .Wassalam ^_^



Giveaway doodlevector by Puteri Ichigo (Selesai)



Tekan banner untuk turut serta . Sekian , terima kasih ^_^

Tarikh Tamat : 6 March 2014


TAG : SI CANTIK ^_^ , SI MANIS :) , SI COMEL  :D


Mar 3, 2014

Giveaway [1] : FanPage Publishing by yanapinkblossom.blogspot (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , Terima kasih ^_^

Tarikh Tamat : 15 Mac 2014 *new

Giveaway 2014 by Syira Lokman (Selesai)




Tekan banner untuk turut serta . Sekian , Terima kasih :DD

Tarikh Tamat : 25 Mac 2014