Followers

Jan 14, 2014

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah



Bismillah alhamdulillah . Assalamualaikum , kawan kawan pembaca . Apa khabar yoooo . Lama cek-a tak usik blog ni . Ehh , takdelah lama mana punn cuma biasalahh takkan hari-hari nak update entri baru . ye tak? haha . okay pertama sekali cek-a nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat islam . Semoga , kehidupan anda semua di bawah lindungan-Nya . Aminn , jadi di hari yang mulia ini marilah kita banyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W . Daripada dok melayari internet tuuu , sambil sambil lah yer . hihi  sekurang-kurangnya pahala kita berjalan jugak :P


Renungkanlah dan ambil iktibar dengan kehadiran Maulidur Rasul . Sesungguhnya hanya Baginda insan terpilih yang terbaik dikalangan yang terbaik . Hihi , kalau nak tahu ada kelebihan yang tertentu jika kita bersama-sama meraikan sambutan maulidur rasul . Antaranya akan cek-a sertakan di bawah berdasarkan maklumat yang dibaca untuk renungan kita bersama .

KELEBIHAN MEMULIAKAN MAULIDUR RASUL :

1. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

2. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

3. Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”



Sekian , sampai di sini sahaja entri pendek dari saya . Semoga kita bertemu kembali ! wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Tahniah kerana berjaya membaca entri tersebut sehingga habis !
Komen yang murni saja ya , hihi. terima kasih :D