Assalamualaikum...
Tettt nampaknya sudah agak lama cek-a berdiam diri tanpa membuat sebarang entri baru sejak kebelakangan ini . Hahaha biasalah kita bercerita kena hamekk mood sikit . Bila mood dah datang bolehlah bawak sang jari-jari tangan menari-nari di atas papan kekunci ini . kenapa pelikss sangat ayat ni hahaha tak boleh blah langsung .
Okay pertama sekali , seperti yang dimaklumkan dalam entri yang lepas diri ini sedang dalam proses mengambil lesen . haa semestinya lah ambil kereta dan motor sekali hahaha ni kira nak jimat lah gitu *kononnya . pergh , sepanjang proses belajar kereta dengan motor tu panas nya memang tak yah cakaplah kan hazabedahh betul rasanya . dah macam pisang goreng panas di tengahari .
walaupun naik kereta panas nya memang terasa pluss lengkap dengan pakej sunburn sekali . haihhh , act penghawa dingin memang takpasang dalam kereta takut habis minyak barangkali kedekut yaa tahi hidung masin betul . terpaksa lah tabahkan diri mengharungi setiap hari yang mendatang hahaha .
memang takdalah istilah kegembiraan terpancar di wajah bila belajar memandu ni . hahaha hari-hari dok kena bebel padahal silap sikit je pun *garukepala. Tapi nasib baiklah bila tiba hari nak test JPJ alhamdullilah segalanya dipermudahkan walaupun dapat giliran test yang paling akhir sekali .
Hehehe encik jpj pun baik hati pluss peramah dan banyak membantu . bersyukur sangat waktu tu . Kiranya berbaloi lah penat lelah berpanas mentari selama ni . Hahahah
sekian sahaja , entri pada hari ni . wassalam :))