Followers

Sep 4, 2015

Officially Mahasiswi UMT

Salam sehati sejiwa . Auchh

Lama gila tak update entry baru . Rasanya last bukak masa cuti lepas spm . Lepastu dapat tawaran sambung matrik maka setahun lah tak sentuh langsung blog kesayangan ni .
hahaha sadis sangat tau . Jadi entry pertama buat tahun 2015 cuma nak kongsi bahawasanya diri ini secara rasminya bergelar mahasiswi di Universiti Malaysia Terengganu .


Alhamdulillah rezeki dapat tawaran kat sini . Orang kata menuntut  ilmu tu biarlah sampai ke negara China , ye tak ? Maka gigih lah merantau kat negeri orang sampai sekarang .Memandangkan asal dari johor memang terasa sangat lah jarak jauh nya tu . Dulu matrik dekat pulau pinang , sekarang ke Terengganu pulak kita . Na na na na na Ganu kitooooo , ahaks .

4 tahun lah menuntut kat sini dalam kos teknologi makanan . hahaha kenapa pilih kos ni ? takda sebab yang kukuh rasanya cuma pertama kali dengar kos ni jatuh cinta pulak . Amboi sangat kan sambil buat *fliptudung* inshaAllah , semoga dapat grad dengan jayanya lepasni . Sama-sama doakan ya ? hehehe


Minggu jalinan mesra (orentasi) dah selesai pun cuma tiga hari je . Tepuk lah sikit hahaha memang tak dapat bayangkan lah kalau mjm seminggu macam nak pengsan mak jemah tau . tapi secara keseluruhan kira seronok jugak lah . Paling best waktu makan sebab kena pakai tray dan basuh sendiri sambil beratur panjang macam tiada penghujungnya . Hahaha selagi tray tak bersih menyentallah kita sampai licin bersinar ! *sigh* (tak best sebenarnya part ni)

Sekarang tengah biasakan diri dengan cuaca dan persekitaran dekat sini . Sebab kat sini rasa bahang dia lain macam sikit terutamanya dekat bilik . Bayangkanlah tengah tidur pun rasa macam baru lepas jogging berpeluh sentiasa . Hmmps takpa hakak kan tabah orangnya . hahaha setakat ni roomate okay je jumlah semua 4 orang satu bilik . Sorang asal pahang , terengganu dengan johor jugak . yeay luaskan kuasamu johor !

Cerita dia kalau dah menaip dekat sini memang rasa taknak berhenti . nanti tulis panjang berjela takda pulak orang nak membaca kan . hahaha okaylah berhenti setakat ni . Untuk pelajar lain yang baru mendaftar tu diucapkan selamat maju jaya dan selamat menempuh ke alam universiti . Siap sedia fizikal dan mental untuk semester baru ni .

Sekian,
Bye gaisss .






Apr 20, 2014

Senang je nak putuskan





Assalamualaikum...
Heeeee , hari ni punya entri nak kongsi sikit tipss untuk putuskan benda alah seperti dalam video kat bawah ni . Biasanya kita jumpa dekat baju-baju yang masih freshh bau kedai dan tanda harga belum dicabut lagi hahaha . For me yang jenis jarang simpan tools macam gunting atau pisau kecik kat dalam bilik ni agak susah jugaklah nak cabut .

Yelahh kann , kadang tu bukannya rajin sangat nak capai gunting ke apa semua tuuu . hahaha bila nak tarik gitu je macam sakit pulakk jari ni . bila nak gigit macam tak tajam pulak gigi iollss ni muahahaha jadi apa yang perlu kita buat cuma :

1)  pintal - pintal je benda alah ni
2)  lepastu tarik . 

okay dahhh selesai satu masalah . kah kah saja je nak kongsi dekat sini sebab iollss jarang buat cara cenggini kalau dah malass sangat nak pi cari gunting or other tools ke apa letak je dulu baju tuu esok lusa baru tanggalkan hahaha . 

sekian sahaja untuk hari ni hehehe selamat berhujung minggu dan selamat malam , ok byeeeee :DD


Apr 18, 2014

Hanie Soraya - Hujung Dunia (Official MV) dengan lirik





LIRIK LAGU HUJUNG DUNIA-HANIE SORAYA


Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut

Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Chorus:
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

(Hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia

Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati

[Ulang chorus]

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini

Lalalala lalalalala

[Ulang chorus]